Sunday, January 31, 2010

Benarkah memasak dan mengemas tanggung jawab isteri..?

“Assalamualaikum Puan. Saya ‘S’ dari Perlis. Saya sudah berkahwin 7 tahun. Ada anak 3: 6 tahun, 3 tahun dan 2 tahun. Masalahnya isteri saya dari mula kahwin hingga sekarang malas memasak dan kemas rumah. Isteri saya seorang guru. Balik kerja isteri saya tengok tv dari pukul 2 hingga pukul 7 malam. Makan minum suami dan anak-anak tidak dipedulikan. Saya ingatkan anak-anak saja, kalau tak, dah lama saya bercerai. Tolonglah saya.”

Inilah petikan satu sms yang saya terima baru-baru ni. Luahan hati seorang suami yang tertekan dengan sikap isteri yang dikatakan malas memasak dan mengemas rumah. Sikap malas si isteri betul-betul menekan si suami hinggakan beliau berhasrat untuk menceraikan isteri, jika tidak memikirkan kebajikan anak-anak. Betapa beratnya kesan daripada sikap si isteri yang tidak melakukan kerja-kerja memasak dan mengemas rumah. Kenapa sampai begitu kesannya? Apakah memasak dan mengemas rumah memang menjadi tugasan isteri? Apakah memasak dan mengemas rumah adalah tanggungjawab isteri?

Saya teringat kata-kata Mak saya tika saya di usia remaja dan agak liat untuk membantu kerja-kerja memasak: “Orang perempuan ni, walau pandai camana sekalipun, memang tak lepas dari ke dapur.” Saya akui, memang secara lumrahnya, memasak dan mengemas rumah adalah tugasan kaum wanita. Setiap anak perempuan, apabila sudah boleh disuruh dan diharapkan untuk melakukan sesuatu maka kerja-kerja rumah akan mula diberikan kepadanya. Bermula dengan menyapu sampah, mencuci pinggan mangkuk dan akhirnya memasak. Kalau yang mempunyai pembantu rumah, mungkin tak terasa sangat bebanan tugasan ini walau diakui memang ada ibu bapa yang tetap menyuruh anak perempuan mereka mengambil tahu mengenai urusan dapur dan rumahtangga walaupun terdapat pembantu rumah dengan alasan: senang kalau dah kawin nanti.

Kembali kepada persoalan saya di awal tadi, apakah memasak dan mengemas rumah memang menjadi tugasan isteri? Apakah memasak dan mengemas rumah adalah tanggungjawab isteri? Kalau dilihat kepada tanggungjawab seorang isteri yang disenaraikan menurut tuntutan syariat, tidak tertulis pun bahawa seorang isteri perlu memasak atau mengemas rumah. Tanggungjawab dan kewajipan seorang isteri adalah untuk melayan suami pada setiap masa dan ketika. Diriwayatkan di dalam satu kisah yang berlaku pada zaman Rasulullah s.a.w: seorang wanita menunggu kepulangan suaminya ke rumah dalam keadaan dirinya berpakaian yang boleh menimbulkan keinginan suami untuk melakukan hubungan kelamin. Dijelaskan juga bahawa Rasulullah berpesan kepada para suami yang keluar dari rumah dan berjumpa dengan mana-mana wanita agar segera pulang untuk ‘bersama’ dengan isteri. Kenapa? Kerana lelaki mempunyai keinginan yang satu dan kuat dan menjadi tugas serta tanggungjawab isteri untuk melayani keinginan suami.

Ulamak juga pernah menjelaskan bahawa menjadi kewajipan seorang suami yang berkemampuan untuk menyediakan pembantu rumah kepada isterinya bagi membantu menguruskan kerja-kerja rumahtangga malah menjadi WAJIB jika isterinya itu memang berasal daripada keluarga yang sememangnya mempunyai pembantu rumah. Diriwayatkan juga bahawa Rasulullah s.a.w bertindak menjahit pakaiannya sendiri malah baginda juga turut menyusun kasut. Semua huraian dan penerangan ini menjelaskan bahawa memasak dan mengemas rumah bukanlah tugasan dan tanggungjawab isteri. Dalam erti kata lain, seorang isteri tidak boleh dimarahi apatah lagi diceraikan apabila beliau enggan atau malas melakukan kerja-kerja rumah seperti memasak atau mengemas.
Namun, seperti yang selalu saya jelaskan: peranan, tugas dan tanggungjawab seorang isteri adalah untuk menjaga kebajikan suaminya. Maka adalah menjadi SATU BONUS JIKA ISTERI YANG MEMASAK DAN MENGEMAS RUMAH sendiri. Masih ingat lagi perbincangan saya mengenai Rahsia Air Tangan Wanita? Ya! Seperti yang saya jelaskan, tangan wanita mempunyai rahsia yang tersendiri dan yang paling penting, air tangan wanita mampu menambat kasih sayang seorang lelaki. Saya teringat pesanan Mak saya, walau sesibuk mana pun, usahakanlah juga untuk menyediakan sendiri hidangan untuk suami kerana kasih suami akan bertambah dan ‘melekat’ jika perutnya sentiasa di isi dengan hasil air tangan isteri. Secara logiknya juga, kasih suami akan bertambah jika isteri bijak menguruskan rumahtangga, menghias persekitaran dan mampu menyediakan hidangan yang lazat dan menyelerakan. Saya pernah mengendalikan kes seorang lelaki yang kembali mencari isteri pertama yang telah diceraikan gara-gara mengikut kehendak isteri kedua yang lebih muda dan cantik, dengan alasan isteri pertamanya bijak membaca selera makannya dan pandai menyediakan hidangan yang lazat untuk dirinya.

Namun, perlu diingat! Walaupun memasak dan mengemas rumah menjadi bonus kepada isteri untuk terus menawan hati suami bukan bererti isteri perlu melakukan segalanya bagai hamba. Penat di pejabat belum habis, dah perlu mengadap urusan di rumah sedangkan suami memanjakan diri di depan televisyen atau menghitung huruf di muka akhbar. Perkara sebegini TIDAK WAJAR BERLAKU. Kerja-kerja rumah PERLU DILAKUKAN BERSAMA-SAMA ataupun lakukanlah pembahagian tugas. Jika isteri sibuk di dapur, maka suami pula uruskanlah hal anak-anak. Suami juga boleh memasukkan pakaian yang hendak dicuci ke dalam mesin basuh ataupun menjemur pakaian yang telah dicuci di ampaian. Dalam zaman serba maju ini, jika wanita dah boleh melakukan pelbagai kerja yang sebelum ini dimonopoli oleh kaum lelaki, adalah wajar jika suami juga melakukan kerja-kerja yang dulunya dilakukan oleh kaum wanita. Dalam situasi ini, ibu bapa dan masyarakat perlu faham dan tidak mencari pasal. Isu ‘queen control’ tidak boleh diwujudkan jika suami membantu isteri melakukan kerja-kerja rumah.

Merujuk kepada kes di awal tadi, walaupun memasak dan mengemas rumah bukan tanggungjawab isteri tetapi sikap si isteri yang mengabaikan langsung kebajikan suami dan anak-anak memang tidak wajar berlaku. Cubalah berbincang dan cari jalan penyelesaian kerana kewajipan dan tanggungjawab seorang ibu adalah menjaga dan mendidik anak-anaknya. Ikhtiar untuk atasi masalah adalah lebih baik daripada terus lari daripada masalah.

****Siaran Mei 2007

Lantai 508

Lantai bilik umah aku jenis parquet (camni ke ejaan nyer).... So, paham2 je la... Senang tertanggal... Aku ade beli glue untuk tampal mana2 yang deh tertanggal tu.. Dulu masa baru beli glue, aku jugak la yang menampal... Padahal ni keje2 teknikal ni, jantan la yang buat kan... Tak jugak... Bila aku sebok2 buat, ade pulak suara2 gampang yang dok ajar how to letak glue... Sial kan...??? Ko buat ape tu??? Babi tul....

So, bila dh beberapa bulan ni, ade part yang akan tertanggal... So, kena la letak glue kan... kalau tak letak glue kang, budak2 amik wat main & hilang, kan dah lopong lantai tu.... Aku perati je.... Bila dia nak start letak glue... Ke, dah lupa aku pernah beli glue tu dulu....

Lantai kat bilik ni, ade la part2 yang dah lopong sebab dah hilang parquet (camni ke ejaan nyer).. So, ari tu ade la org kat apartment ni yang maybe tukar lantai & letak kat luar mendde alah tu... So, aku soh la pakcik ni amik sikit wat tampal mana2 yang lopong kat umah tu.... rasanya dah sebulan mende tu ada kat dlm drawer & tak bertampal2.... Aku nak tengok, bila tangan dia nak bergerak... Ni semua nak tunggu aku menyalak baru hegeh2 nak buat....

So, bila nama aku nak keluar dari list ke neraka & masuk syurga..????

Tak merasa nak melayan sickness...

Bila mengandung ni, macam2 mende yang kite biasa buat kite jadik cam tak hingin nak buat... Banyak sangat... Tapi aku tak boleh nak layan semua tu sebab kalau aku layan, rumah ni akan jadik macam umah mak dia... Siap dengan bau, kain tak berlipat, pasir dlm umah, lantai melekit, dapur ber-keladak, kitchen kabinet berkarat, toilet beerlumut bla bla bla.... Dia memang la bahagia dengan keadaan camtu sebab hilang rindu kat rumah mak dia kan...?!! Aku ?? Bertambah stress & gila nanti.... makin meroyan la aku... Ada dia kesah???

Kalau dia kisah, dia tolong aku.... Bukan berangan depan LapTop 24 jam & cuma buat keje 10% je...

Skang ni aku cepat letih... Semua pregnant woman akan melalui stage ni... Lagi pulak aku dh umur 30 tahun ni kan.... lagi la terasa penat-nya.... Sebelum tidur, dh siap masak, kemas umah, sidai kain yg basuh semalam... & sempat basuh baju.... dengan harapan walaupun aku tidur, bila kain tu dh siap mesen, ade la tangan2 yang tolong sidai... Haremmmmm...... Kain yang bersidai pagi tadi pun tak berangkat, inikan yang dlm mesen tu.... bangun tidur, aku rasa macam menyesal tidur sebab kalau aku tak tidur, sekurang-kurang nya takde la kerja2 domestik ni pending....

Cuma sekarang ni dah pandai siapkan minum petang budak2.... Itu pun penat aku nak jerkah & perli2 bagai, baru la bergerak... Itu pun baru tadi start... Itu pun bila aku dah hempas2 pintu & buat muka hanjeng...... Kalau aku menten senyum, Jangan Harap....

Maghrib bila aku bangun, budak2 tak mandi lagi.... makan malam pun tak panas-kan lagi.... Dia?? Nak kata tidur, tak jugak.... Ngadap Laptop dari kul 3 sampai aku bangun... Itu je...???? Wahhhhh..... best nyer...... kata nak kerja kul 9 malam... tapi tah hape bende yang dibuat nyer aku pun tak nampak.... masak nasik pun tak... Budak2 mandi pun tak..... Ble aku dh start menyalak.... baru la hegeh2 nak masak telur & masa tu dh pun kul 9 malam..... Aku perati je.... ape dia nak buat???? Baru dia realise nasi dah basi.... means kul 9 baru ko nak masak nasik??? Dari tadi buat ape???????

Cam sial.....

Serupa hidup sorang... kalau aku sorang dlm umah ni, aku tau la atur hidup aku & buat aktiviti ngan anak2.... ni nama je hidup berdua, tapi macam janda....

Haih...... anytime je la......

Tak nampak syurga la aku menten dia ni....

Sunday, January 17, 2010

stetment tu memang cilake...

Aku pregnen lagi... Yang ke-4... Berapa bulan tu aku tak pasti sebab tak penah take note pun date2 period ni... Doc pun tak berani nak bagi exact answer bila aku tanya... Doc advise buat 2nd check-up & insya-allah masa tu nanti baru buleh tau sebab bila scan baby dh ade kat dlm kantung tu... Aku dh jangka yg aku akan pregnen lagi pas je remove implan aritu... Senang tul nak jadik...

Pregnen kali ni tak ler mabuk teruk sgt... As at today, cuma 3 kali je aku mabuk... tu pun kejap je... Makan pun takde alahan... Semua buleh telan... Cuma mcm biasa la, aku cepat penat & cepat ngantuk... Aku rasa semua orang pun akan rasa camtu...

Bab2 keje umah, aku buat cam biasa... Angkat tong gas pun aku dah buat... Dukung anak pun aku buat... Takde pape pun, insya-allah....

Ade la sehari tu Si Makcik1 ni tanye aku, why diam je... Aku cakap la, aku ngantuk.. Sekali dia advise aku supaya :

~ Dia Cakap, jangan kuat tidur sangat nanti dapat anak bangun tidur lambat
~ Aku rasa, bagus la baby tu bangun tidur lambat.. Senang aku nak wangi-kan badan
& breakfast dulu sebelum aku kena siapkan baby tu... Kan???

~ Dia Cakap, nanti bila dah besar budak tu susah nak keje sebab asyik dapat
termination letter (bangun tidur lambat)
~ Aku rasa, 'pukimak tul la stetment dia ni.... ko ni nak mendoakan ape kat anak aku
ni????'

Cam sial kan stetment tu?? So, aku pun cakap la kat Si Makcik1 ni... 'Mak aku dulu asalkan mengandung, manjang tidur... Mak aku mabuk teruk sampai bersalin.. 9 bulan beb dia tidurrrr je.... Bangun pun sekadar masuk toilet je....' Aku rasa, aku tak pun asyik bertukar keje... Pas je SPM, aku terus keje sampai sekarang.. 1st job as a contract staff selama 6 bulan & 2nd job sampai la sekarang... Ade la 11 tahun aku keje untuk 2nd job ni.... Tak pulak dapat termination letter. Walhal aku punyer la bosan sampai saje je carik pasal ngan boss supaya transfer-kan aku.... Kira kalau nak kena buang tu, dh redho la... tapi takde pulak... Makna nyer ape tu?? Makna nyer, aku ni bagus... kan...? (weeeekkkkkk)

Umah aku, takde pun pasir... mainan anak2 aku pun tak ler bersepah merata2.... kain baju semua lipat daily & up-todate... takde pun yang mengunung tak berlipat.... malas ke aku??? pun tak kan....?? So, stetment dia tu memang tak buleh pakai langsung... Nama je study tinggi, tapi mental ngalahkan budak SPM...