Saturday, July 3, 2010

Bodow

Dah lama rasanya tak update blog ni.. Tak tau nak mula kat mana.. Byk sangat menda yang jadi & tak tau nak cerita yg mana dulu..

Aku gaduh besar (pada aku besar la) dengan 'biras' aku.. Yang kawin baru2 ni kat Kedah tu.. Punca nya simple je, aku mintak tolong dia suruh laki bayar la hutang kereta laki dia which is adik laki aku.. Seingat aku, aku tak pernah pun guarantor mamat tu.. Tak semena-mena bila aku check CCRIS, nama aku sangkut kat kerete BEU****.. Kereta adik ipar aku la ni.. Hangin nya tak leh nak kata la sbb aku memang ber-iya2 tak nak guarantor mamat tu sbb aku tau la displin dia ni bab hutang ni cemana.. Tah cemana aku leh ter-guarantor pulak.. hairan-nya toksah nak cakap la.. Aku syak laki aku je ni.. Dia ni ngan adik2 dia ngan family dia bab2 nak memanipulasi keadaan memang 'MASTER'... Bila aku SMS dia tak respon & aku pun email la kat bini dia.. Sekali dia email kata-kata kesat bangsat kat aku... Mcm siyal je aku rasa.. Siap ungkit bangkit lagi... Memang la tak sedar diri.. Aku lak dah terdelete email tu. kalau tak, leh aku post kat sini.. Dia siap cakap, pas ni tolong jangan masuk campur hal rumah tangga dia... Eh, helloooo.. Siapa pulak nak masuk campur hal ko laki bini...? Aku cuma mintak tolong bayar kereta tu up-to-date.. Jaga la sikit nama aku ni.. Takde pulak aku dok menyelidik hal dia laki bini.. PERASAN!

Since dia ungkit bangkit, meh sini aku nak hungkit ape yg pernah jadik dulu sebelum ko dapat 'telor emas' laki ko yang hensem tu...

Sebelum ni, laki aku pernah pinjam duit laki dia which is masa tu tunang dia la.. Dia yang SMS laki aku soh bayar duit tu... Mengikut kata laki aku, itu duit komisyen & bukan hutang... Ade perjanjian lisan antara Laki dia & laki aku.. yang tu aku tak tau sape yang betul & sape yang tak betul.. Tapi aku sikit pun tak maki hamun dia... Aku bagi je duit tu tanpa banyak bunyi.. Masa laki dia amik duit tu kat aku, siap leh tanya lagi aku cukup ke tak untuk raya ni.. Nak ikut-kan memang la tak cukup.. Tapi dh tunang ko mintak duit tu 'ala2' along mintak hutang kan... Aku bagi je la.. Dengan alasan malas nak keruh-kan keadaan... Dalam hati, Allah je yang tahu.. Sedih sebab nak raya tapi duit yang sepatut-nya beli kasut raya anak2 aku dah takde.. Raya tahun tu anak2 aku pakai selipar Jepun je..

Tak lama pas tu, dia dtg jumpa aku & bagitau yg dia dah ter-pregnen & tak tau nak wat ape.. Masa tu dia nak mintak tolong aku wat personal loan kat bank & monthly dia bayar kat aku.. Aku tak nak wat sbb masa tu nama aku memang huru-hara ngan hutang tak berbayar.. Antara-nya hutang kereta laki dia la.. & kebetulah masa tu aku nak dapat bonus, dia nak pinjam 500 nak wat gugur-kan kandungan.. Eh..eh.. luka hati aku ni lum pun kering lagi dengan kes ko mintak hutang dulu, ada hati nak tambah lagi? Lagi pulak tujuan dia adalah untuk gugur-kan kandungan... Agak2 la aku nak tolong perkara2 camtu kan..? sendiri mau ingat lah.. Dapat je duit bonus, aku wat bayar hutang2 & balance aku belanja anak2 aku makan & belikan kasut untuk dorang.. pas tu aku tak angkat port hal dia.. rasa-nya dh selamat menggugur-kan kandungan kot.. Ala, tunang ko dh biasa wat keje tu kan.. So, nak risau-kan ape?...

Masa dia nak kawen, ade masalah lagi sbb takde duit & kecoh gak lak mak mentua aku masa tu dok risau-kan dia.. Aku pun terasa risau jugak, yer la.. Date dah nak dekat tapi duit takde lagi.. Aku advise laki aku soh mak mentua aku bagi advance kat adik dia sbb mamat tu memang takde duit.. Nak wat loan tak lepas sbb nama dah black-list.. laki aku dok pujuk mak dia & bgtau yg si mamat tu nak pinjam ALONG.. Dek sebab risau, mak mentua aku pun setuju bagi pinjam 8k.. Banyak kan..? Maka kahwin lah mereka dengan meriah-nya.. Masa dlm perjalanan ke Kedah, mak mentua aku dh berbunyi2 mengatakan yg adik ipar aku tu pinjam dekat 10k... Dia pun susah hati sebab amount banyak.. Bab tu aku tak nak campur.. Aku diam je.. malas nak bgtau kat pompuan ni sebab malas nak keruh-kan keadaan..

Yang aku rasa cam cibai, dia leh cakap dia tak heran ngan duit yg mak mentua aku bagi dia pinjam... Hek-eleh,... majlis dah selesai & telur emas ko dah dapat cakap camtu lak eh,... kalau aku tau nak jadik camni, jangan harap aku nak tolong... baik aku diam & wat tak tau je.. Siot je kan?

Dah la tu, alamat surat menyurat letak kat umah aku.. Dah carik pasal ngan aku, alamat still guna alamat umah aku... Ape kes?? Tak malu ke?? Ini boleh di-kira mengganggu ketenteraman rumah tangga aku sbb mengguna-kan alamat umah aku.. kalau guna alamat surat2 lama aku tak kisah la lagi... Ini, surat2 hutang baru semua guna alamat umah aku... Dah gaduh ngan aku, guna lagi khidmat aku? Dah la tu, aku pulak kena jadik balaci dia menghantar surat2 kat umah mak mentua aku (sebab dia duduk sana).. baru2 ni kite orang lak hegeh2 mencarik dia nak bagi all the surat.. Dia nya leh lak lari-kan diri tanak jumpa kite-org.. 'eh, kang aku return to sender all the surat baru ko tau?' nak aku wat camtu ke?

Antara kandungan email dia kat aku, dia taknak stress sbb dia mengandung... AKu ni tak mengandung ke? Agak2 la bila bercakap tu..

Belajar tinggi, dapat laki fail SPM.. Muka lawa2 dapat laki mcm tu... Otak pandai, mende camni takleh nak fikir..

Wednesday, April 28, 2010

Hakikat-nya Aku Letih

Aku memang kena cari duit.


Aku boleh buat kerja non stop. Aku multitasking, konon...


Tapi hakikatnya, aku letih.


Sangat sangat.

Thursday, April 1, 2010

hurmm...

Kadang-kadang,

Orang yang paling warak itu yang paling tipis imannya.
Orang yang paling pandai itu yang paling bodoh orangnya.
Orang yang paling kaya itu yang paling miskin adabnya.

Kerana,

Mereka saling ingat mereka itu orang yang bagus-bagus belaka.
Orang yang patut disanjung sampai bila-bila.
Orang yang wajib dikenang jasanya.

Tapi fikirlah.

Fikirlah cara kamu melayan orang lain pula.
Jangan menyalak bagai anjing diminta kenang semuanya.
Kalau diri sendiri tak betul dan tak nampak dimana.

Tuesday, March 9, 2010

Boss Baru

Start dis month aku dapat boss baru.. Boss yang unwanted kat semua section..

Semua pun tak berkenan dengan dia ni.. Tapi suara2 sumbing tu cuma aku dengar dari mulut staff perempuan aje.. Staff lelaki takde la pulak yang dok mengata dia ni.. Kalau ade pun, cuma satu dua je..

Aku pun nampak & dengar banyak kes 'gaduh' boss baru aku ni dengan other staff.. Biasa la, masing2 dah tua2 & nak jadik boss & tu yang buat tak ngam & nak gaduh sokmo.. Aku?? So far lum lagi la... Aku nak gaduh ape sebab dah nama pun dia BOOSS... so, follow aje la ape instruction dia kan..?

Tapi setakat hari ni, dia follow je rentak aku sebab dia pun tak familiar lagi ngan kerja aku.. && aku takde masalah lagi ngan dia.. Kerja aku pun cepat siap sebab tiada gangguan.. kalau sebelum ni, boss lama aku suka atur keje aku sampai aku takde mood nak wat keje.. Dia lak yang tentukan ape yg patut aku siap-kan dulu which is pada pengamatan aku, dia suka suruh aku letak priority kat jenis2 report yang dia suka.. Aku ulang balik,... yang dia suka... BOleh??? As a staff yang bodoh cam aku ni, kena la follow je... Dah nama pun dia boss & hasilnya report yang lain aku submit agak lambat walaupun lum la lepas dead line lagi kan... Tapi lambat la... Bila dengan boss baru ni, 1st day MIS data keluar, aku leh siapkan 4-5 reports... Kalau sblm ni, paling banyak pun 2...

Boss lama aku... Ntah la, aku malas nak ambik tau sangat sbb aku rasa dia pun happy dapat buat & belajar mende baru... lain la aku, kena hadap keje tu tah tak tau sampai bila...

Monday, February 15, 2010

Cinta ???

Adakah cinta cukup untuk membahagiakan kalau nak makan pun selalu miss?

Cinta tak akan mengenyangkan.

Cinta tak akan menghalau nyamuk dari menghisap darah setiap malam, subuh dan senja.

Cinta tak akan me-magic-kan simen sejuk menjadi tilam yang empuk seperti yang ada di rumah mak bapak kita.

Cinta tak akan menjanjikan syurga pada kita kalau derhaka kita pada ibu bapa tidak diampunkan.

Cinta tak akan mencurahkan duit untuk kita beli makan dari langit. Belum pernah berlaku lagi. Kalau ada pun, itu guna CGI dalam movie.

This life aint a fairy tale ok.

from (bapak-gulagula.blogspot.com)

Sunday, January 31, 2010

Benarkah memasak dan mengemas tanggung jawab isteri..?

“Assalamualaikum Puan. Saya ‘S’ dari Perlis. Saya sudah berkahwin 7 tahun. Ada anak 3: 6 tahun, 3 tahun dan 2 tahun. Masalahnya isteri saya dari mula kahwin hingga sekarang malas memasak dan kemas rumah. Isteri saya seorang guru. Balik kerja isteri saya tengok tv dari pukul 2 hingga pukul 7 malam. Makan minum suami dan anak-anak tidak dipedulikan. Saya ingatkan anak-anak saja, kalau tak, dah lama saya bercerai. Tolonglah saya.”

Inilah petikan satu sms yang saya terima baru-baru ni. Luahan hati seorang suami yang tertekan dengan sikap isteri yang dikatakan malas memasak dan mengemas rumah. Sikap malas si isteri betul-betul menekan si suami hinggakan beliau berhasrat untuk menceraikan isteri, jika tidak memikirkan kebajikan anak-anak. Betapa beratnya kesan daripada sikap si isteri yang tidak melakukan kerja-kerja memasak dan mengemas rumah. Kenapa sampai begitu kesannya? Apakah memasak dan mengemas rumah memang menjadi tugasan isteri? Apakah memasak dan mengemas rumah adalah tanggungjawab isteri?

Saya teringat kata-kata Mak saya tika saya di usia remaja dan agak liat untuk membantu kerja-kerja memasak: “Orang perempuan ni, walau pandai camana sekalipun, memang tak lepas dari ke dapur.” Saya akui, memang secara lumrahnya, memasak dan mengemas rumah adalah tugasan kaum wanita. Setiap anak perempuan, apabila sudah boleh disuruh dan diharapkan untuk melakukan sesuatu maka kerja-kerja rumah akan mula diberikan kepadanya. Bermula dengan menyapu sampah, mencuci pinggan mangkuk dan akhirnya memasak. Kalau yang mempunyai pembantu rumah, mungkin tak terasa sangat bebanan tugasan ini walau diakui memang ada ibu bapa yang tetap menyuruh anak perempuan mereka mengambil tahu mengenai urusan dapur dan rumahtangga walaupun terdapat pembantu rumah dengan alasan: senang kalau dah kawin nanti.

Kembali kepada persoalan saya di awal tadi, apakah memasak dan mengemas rumah memang menjadi tugasan isteri? Apakah memasak dan mengemas rumah adalah tanggungjawab isteri? Kalau dilihat kepada tanggungjawab seorang isteri yang disenaraikan menurut tuntutan syariat, tidak tertulis pun bahawa seorang isteri perlu memasak atau mengemas rumah. Tanggungjawab dan kewajipan seorang isteri adalah untuk melayan suami pada setiap masa dan ketika. Diriwayatkan di dalam satu kisah yang berlaku pada zaman Rasulullah s.a.w: seorang wanita menunggu kepulangan suaminya ke rumah dalam keadaan dirinya berpakaian yang boleh menimbulkan keinginan suami untuk melakukan hubungan kelamin. Dijelaskan juga bahawa Rasulullah berpesan kepada para suami yang keluar dari rumah dan berjumpa dengan mana-mana wanita agar segera pulang untuk ‘bersama’ dengan isteri. Kenapa? Kerana lelaki mempunyai keinginan yang satu dan kuat dan menjadi tugas serta tanggungjawab isteri untuk melayani keinginan suami.

Ulamak juga pernah menjelaskan bahawa menjadi kewajipan seorang suami yang berkemampuan untuk menyediakan pembantu rumah kepada isterinya bagi membantu menguruskan kerja-kerja rumahtangga malah menjadi WAJIB jika isterinya itu memang berasal daripada keluarga yang sememangnya mempunyai pembantu rumah. Diriwayatkan juga bahawa Rasulullah s.a.w bertindak menjahit pakaiannya sendiri malah baginda juga turut menyusun kasut. Semua huraian dan penerangan ini menjelaskan bahawa memasak dan mengemas rumah bukanlah tugasan dan tanggungjawab isteri. Dalam erti kata lain, seorang isteri tidak boleh dimarahi apatah lagi diceraikan apabila beliau enggan atau malas melakukan kerja-kerja rumah seperti memasak atau mengemas.
Namun, seperti yang selalu saya jelaskan: peranan, tugas dan tanggungjawab seorang isteri adalah untuk menjaga kebajikan suaminya. Maka adalah menjadi SATU BONUS JIKA ISTERI YANG MEMASAK DAN MENGEMAS RUMAH sendiri. Masih ingat lagi perbincangan saya mengenai Rahsia Air Tangan Wanita? Ya! Seperti yang saya jelaskan, tangan wanita mempunyai rahsia yang tersendiri dan yang paling penting, air tangan wanita mampu menambat kasih sayang seorang lelaki. Saya teringat pesanan Mak saya, walau sesibuk mana pun, usahakanlah juga untuk menyediakan sendiri hidangan untuk suami kerana kasih suami akan bertambah dan ‘melekat’ jika perutnya sentiasa di isi dengan hasil air tangan isteri. Secara logiknya juga, kasih suami akan bertambah jika isteri bijak menguruskan rumahtangga, menghias persekitaran dan mampu menyediakan hidangan yang lazat dan menyelerakan. Saya pernah mengendalikan kes seorang lelaki yang kembali mencari isteri pertama yang telah diceraikan gara-gara mengikut kehendak isteri kedua yang lebih muda dan cantik, dengan alasan isteri pertamanya bijak membaca selera makannya dan pandai menyediakan hidangan yang lazat untuk dirinya.

Namun, perlu diingat! Walaupun memasak dan mengemas rumah menjadi bonus kepada isteri untuk terus menawan hati suami bukan bererti isteri perlu melakukan segalanya bagai hamba. Penat di pejabat belum habis, dah perlu mengadap urusan di rumah sedangkan suami memanjakan diri di depan televisyen atau menghitung huruf di muka akhbar. Perkara sebegini TIDAK WAJAR BERLAKU. Kerja-kerja rumah PERLU DILAKUKAN BERSAMA-SAMA ataupun lakukanlah pembahagian tugas. Jika isteri sibuk di dapur, maka suami pula uruskanlah hal anak-anak. Suami juga boleh memasukkan pakaian yang hendak dicuci ke dalam mesin basuh ataupun menjemur pakaian yang telah dicuci di ampaian. Dalam zaman serba maju ini, jika wanita dah boleh melakukan pelbagai kerja yang sebelum ini dimonopoli oleh kaum lelaki, adalah wajar jika suami juga melakukan kerja-kerja yang dulunya dilakukan oleh kaum wanita. Dalam situasi ini, ibu bapa dan masyarakat perlu faham dan tidak mencari pasal. Isu ‘queen control’ tidak boleh diwujudkan jika suami membantu isteri melakukan kerja-kerja rumah.

Merujuk kepada kes di awal tadi, walaupun memasak dan mengemas rumah bukan tanggungjawab isteri tetapi sikap si isteri yang mengabaikan langsung kebajikan suami dan anak-anak memang tidak wajar berlaku. Cubalah berbincang dan cari jalan penyelesaian kerana kewajipan dan tanggungjawab seorang ibu adalah menjaga dan mendidik anak-anaknya. Ikhtiar untuk atasi masalah adalah lebih baik daripada terus lari daripada masalah.

****Siaran Mei 2007

Lantai 508

Lantai bilik umah aku jenis parquet (camni ke ejaan nyer).... So, paham2 je la... Senang tertanggal... Aku ade beli glue untuk tampal mana2 yang deh tertanggal tu.. Dulu masa baru beli glue, aku jugak la yang menampal... Padahal ni keje2 teknikal ni, jantan la yang buat kan... Tak jugak... Bila aku sebok2 buat, ade pulak suara2 gampang yang dok ajar how to letak glue... Sial kan...??? Ko buat ape tu??? Babi tul....

So, bila dh beberapa bulan ni, ade part yang akan tertanggal... So, kena la letak glue kan... kalau tak letak glue kang, budak2 amik wat main & hilang, kan dah lopong lantai tu.... Aku perati je.... Bila dia nak start letak glue... Ke, dah lupa aku pernah beli glue tu dulu....

Lantai kat bilik ni, ade la part2 yang dah lopong sebab dah hilang parquet (camni ke ejaan nyer).. So, ari tu ade la org kat apartment ni yang maybe tukar lantai & letak kat luar mendde alah tu... So, aku soh la pakcik ni amik sikit wat tampal mana2 yang lopong kat umah tu.... rasanya dah sebulan mende tu ada kat dlm drawer & tak bertampal2.... Aku nak tengok, bila tangan dia nak bergerak... Ni semua nak tunggu aku menyalak baru hegeh2 nak buat....

So, bila nama aku nak keluar dari list ke neraka & masuk syurga..????